Wednesday, 3 January 2018

DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG TERDAPAT DALAM DRAMA DAN FILEM DI MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK     :  PUAN NORAINI BINTI NAWAWI
DISEDIAKAN OLEH        :

NAMA
NO. PENDAFTARAN
    NOR DIANA BINTI ROZIMAN

NURUL HIQMAH BINTI KAMAL HASSIM

02DSK15F2040
    ANIS NORAIN BINTI ISHAK

02DSK15F2064
    INTAN SHAFINAS BT MOHAMAD
    RABUDIN
02DSK14F2023
NURILYA NAJIHAH BINTI MOHD KAMAL

02DSK15F2052


SESI DISEMBER 2017






ISI KANDUNGAN


Bil.

Kandungan

Mukasurat
1
PENGENALAN

2
OBJEKTIF

3
HURAIAN ISI

4
CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DI DALAM FILEM DI MALAYSIA

5
RUJUKAN

6
RUMUSAN

7
LAMPIRAN












PENGENALAN

          Pada masa kini, pelbagai jenis hiburan yang telah berkembang secara pesat di dalam industri perfileman dan drama yang sememangnya dijadikan santapan untuk semua golongan masyarakat. Namun, diantara masyarakat-masyarakat pada masa kini terlalu taksub dengan sesetengah filem mahupun drama yang di keluarkan. Adakala ianya telah menjadi budaya dan perbuatan yang ditegah oleh agama. Hiburan pada masa kini kadangkala memberikan kesan yang mendalam kepada masyarakat. Namun pihak industri juga telah berusaha untuk menapis sesetengah pengeluaran yang boleh menyebabkan kelalaian kepada masyarakat. Industri multimedia di Malaysia mengeluarkan pelbagai penghasilan terutamanya di dalam industri muzik, filem mahupun drama yang bertemakan cinta atau romantik, komedi mahupun seram yang mampu di sajikan untuk semua lapisan masyarakat tidak mengira umur mahupun bangsa dan agama.

          Justeru itu, secara khususnya pihak yang terbabit perlulah menitik beratkan isu yang ditegah di dalam agama islam dan diketengahkan adalah unsur-unsur syirik dan khurafat yang disiarkan dalam filem-filem yang diterbitkan di mana boleh merosakkan aqidah masyarakat. Seperti yang diketahui,filem seram merupakan filem yang paling banyak menyiarkan unsur-unsur ini bagi menarik minat masyarakat untuk menonton dan mengutip keuntungan yang besar. Filem ber’genre’ seram ini sendiri mendapat kutipan terbanyak dalam sejarah kutipan filem tertinggi sepanjang zaman di Malaysia melalui filem “Munafik” berbanding filem yang menfokuskan kepada genre kerohanian dan pengajaran. Situasi sebegini telah menyebabkan banyak penggiat atau pengarah filem sendiri ingin menghasilkan lebih banyak filem seram bagi mengutip keuntungan yang besar. Pada masa kini masyarakat terlalu taksub dengan unsur-unsur syirik dan khurafat di dalam media sosial.

         Oleh yang demikian, semua penggiat seni yang ingin mengeluarkan sesuatu drama mahupun filem haruslah berhati-hati dalam setiap penghasilan yang bakal dikeluarkan untuk tontonan umum agar tidak menimbulkan sesuatu masalah yang akan merosakkan akidah seseorang juga dapat mencegah masyarakat daripada melanggar syariat yang ditetapkan. Penulis skrip khasnya perlu menghasilkan skrip yang berkualiti dan tidak terpesong dari ajaran Islam. Penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan filem yang ditonton sedangkan itu hanya rekaan semata-mata. Sebagai contoh, seperti yang diketahui umum filem berunsurkan positif terutama kerohanian dan pengajaran kurang mendapat perhatian masyarakat berbanding filem yang berasakan perkara negatif. Hal yang demikian seharusnya menjadi panduan untuk penggiat seni mengeluarkan sesuatu drama mahupun filem.



OBJEKTIF


1. Untuk mengetahui perkara-perkara yang dinamakan sebagai syirik dan khurafat di dalam kehidupan masyarakat kini berdasarkan al-Quran dan sunnah.

2. Supaya gejala yang mendatangkan syirik dan khurafat dapat di bendung daripada terus menular daripada terpengaruh.

3. Untuk mangetahui jenis-jenis syirik dan khurafat yang boleh merosakkan akidah seseorang yang di tunjukkan di dalam media massa.

4. Mengetahui cara-cara untuk mengatasi perbuatan syirik dan khurafat supaya tidak melanggar syariat islam seperti di dalam drama.

5. Memberi pengetahuan yang luas dan penjelasan yang terperinci tentang amalan syirik yang semakin berleluasa.


6. Menyampaikan pesanan kepada masyarakat supaya tidak terikut dengan amalan syirik dan khurafat yang ditunjukkan di dalam filem.


HURAIAN ISI

  •           PENGERTIAN SYIRIK
Dalam pengertian yang paling sederhana, Syirik adalah suatu perbuatan (dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT - atau secara sedar mencampur-baurkan keesaan zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran Islam dapat diertikan sebagai perbuatan menyekutukan Allah SWT. Sebagai persamaannya dari segi bahasa ialah menyekutukan manakala dari segi istilah ialah menyamakan sifat-sifat Allah dengan benda lain seperti berdoa kepada tuhan selain Allah.


Potongan ayat dari Al-Quran

1. Sebagai perbuatan dosa besar yang paling besar dan tidak dapat diampunkan oleh Allah S.W.T.


2. Orang yang mensyirikkan Allah swt dinilai sebgai orang kafir,haram masuk syurga dan ditempatkan di neraka jahanam. Kutukan seperti ini sesuai dengan firman-Nya dalam Al- Quran Surah Al-Maidah ayat 72 yang bermaksud :


Reserved: Dan jikalau mereka mempersekutukan Tuhan, sungguh menjadi sia – sialah apa yang mereka lakukan. 



Syirik adalah dosa yang paling besar di atas muka bumi ini.

Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim: "Mahukah kalian aku beritahukan tentang dosa yang paling besar? "Kami menjawab,Ya wahai Rasulullah!", baginda bersabda berbuat syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua orang tua.


JENIS – JENIS AMALAN SYIRIK

  • SYIRIK BESAR

Syirik Akbar (besar), iaitu syirik dalam keyakinan, dan hal ini boleh menyebabkan perbuatannya keluar daripada agama Islam.

Ø SYIRIK DALAM DAKWAH (BERDOA)

Iaitu merendahkan diri kepada selain Allah dengan tujuan untuk istighatsah dan isti'anah kepada selain-Nya.


Disamping dia berdoa kepada Allah dia juga berdoa kepada selain darpiada Allah S.W.T.

QS Al-Ankabut (29):65
Bermaksud : “Maka apabila mereka naik kapal mereka mendoa kepada Allah dengan memurnikan keta’atan kepada-Nya; maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka mempersekutukan.”

Ø  SYIRIK DALAM NIAT, KEHENDAK DAN TUJUAN
Manakala melakukan ibadah semata-mata ingin mendapat pujian, atau untuk kepentingan-kepentingan bersifat duniawi lainnya.  Menunjukan suatu bentuk ibadah selain beribadah kepada Allah S.W.T.
QS Huud (11): 15-16
Bermaksud : “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan(15). Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan(16).”

Ø  SYIRIK DALAM KETA'ATAN
  Iaitu menjadikan sesuatu sebagai pembuat syariat selain Allah S.W.T atau menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah S.W.T dalam menjalankan syariat dan menerima hukum tersebut. Mentaati selain Allah dalam hal maksiat kepada Allah.
QS At-Taubah (9):31)
Bermaksud : “Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.”

Ø  SYIRIK DALAM MAHABBAH (KECINTAAN)

                    Adalah mengambil makhluk sebagai tandingan bagi Allah Subhanahu wa                               Ta'ala. Menyetarakan kecintaannya kepada makhluk dengan kecintaanya                               kepada Allah SWT bersamaan menyamakan selain Allah dengan Allah dalam                       hal kecintaan
QS Al-Baqarah (2):165
Bermaksud : “Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa , bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya.”





SYIRIK KECIL


Syirik Ashghar (kecil), iaitu Riya', hal ini Tidak menyebabkan perbuatannya keluar daripada agama Islam, akan tetapi mewajibkan pelakunya untuk bertaubat. Riya' bukan satu-satunya yang termasuk dalam Syirik Ashgar. Atau Riya' memang termasuk Syirik Ashghar namun tidak semua Syirik Ashghar berupa Riya'.

Ø SYIRIK ZHAHIR (NYATA)

Syirik kecil yang dalam bentuk ucapan dan perbuatan

QS At-Takwir (81):29
Artinya: “Dan kamu tidak dapat menghendaki kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam.”

Ø SYIRIK KHAFI (TERSEMBUNYI)
Syirik dalam hal keiginan dan niat, seperti riya’ (ingin dipuji orang) dan sum’ah (ingin didengar orang)

(QS Al-Kahfi (18):110)
Bermaksud : “Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: “Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa.” Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.”








  •  CONTOH – CONTOH AMALAN SYIRIK 
1. Bersumpah dengan nama selain Allah.

2.    Memakai tangkal azimat untuk kekebalan diri.

3.   Memakai mantera untuk keuntungan diri.
4.   Mempercayai sebarang ramalan cuaca mahupun masa depan. 

5.   Bernazar kepada selain Allah.

6.   Percaya kepada bomoh dan dukun yang mendatangkan keuntungan.

7.   Menyembelih untuk kegunaan menyembah.

8.   Menjadikan perkuburan sebagai masjid.

9.   Ghuluw (berlebihan) dalam mengagungkan orang soleh

10. Meminta berkah kepada pohon dan batu


  • FAKTOR – FAKTOR YANG MENDATANGKAN SYIRIK 


1.   Terlalu taksub dengan keuntungan yang

2.   Kurangnya ilmu agama

3.   Terlalu percaya akan kewujudan alam lain

4.   Sering beriman dengan perkara yang dapat dilihat dan lupa kepada yang tidak dapat             dilihat.

5.   Mengagungkan dan mensucikan sesuatu perkara.

6.   Mengikut hawa nafsu dan syawat.

7.   Takabbur dalam beribadat kepada Allah.

8.   Wujudnya taghut yang menjadi sembahan manusia

9.   Adanya para penguasa yang memperbudak manusia untuk kepentingan mereka sendiri.

10. Cenderung mengimani yang konkrit dan lalai mengimani yang abstrak.


Kebanyakkan filem seram di Malaysia menunjukkan amalan-amalan khurafat kepada khalayak ramai seperti amalan menyembuhkan penyakit dengan berjumpa dengan bomoh bagi meminta untuk disembuhkan. Sebagaimana yang diketahui amalan ini memerlukan komunikasi antara manusia(bomoh) dan jin atau syaitan.


JENIS – JENIS DRAMA DAN FILEM YANG MEMPUNYAI ISU AMALAN SYIRIK



DORAEMON

         Unsur – unsur syirik yang dipaparkan didalam filem animasi ini ialah apabila Doraemon seolah – olah dijadikan sebagai Tuhan oleh sahabat – sahabatnya kerana Doraemon mempunyai kuasa yang mampu memenuhi permintaan mereka sebagai contoh boleh pergi ke alam lain, boleh menjadi dewasa secara serta – merta kemudiannya mampu terbang di udara menggunakan peralatan yang dikeluarkan oleh poket Doraemon. Jelaslah bahawa secara terang – terangan hal ini adalah berasaskan unsur – unsur syirik yang dipaparkan didalam filem animasi tersebut. Walhal dalam islam jelaslah Allah pemilik dan penguasa semua itu. sangat jelaslah unsur-unsur kesyirikan dalam filem-filem tersebut.







SUSUK

           Di samping itu, filem Susuk ini juga telah menonjolkan unsur – unsur syirik apabila setelah Cindai mendapati suaminya bermain kayu tiga dengan wanita lain, Cinda yang sedang mengandung mengambil jalan keluar dengan bersusuk. Oleh itu, dia berjumpa dengan Dukun Degawan untuk menerima tujuh jenis susuk ke dalam badannya agar menjadi lebih cantik danmenawan. Bagaimanapun, Dukun Degawan menetapkan dua syarat kepada Cinda, iaitu Cinda tidak boleh bersembahyang sepanjang bersusuk, dan mesti menyerahkan anaknya kepada Dukun sebaik sahaja melahirkannya untuk kelihatan cantik dan menawan. Filem tersebut telah memaparkan unsur syirik kerana mempercayai dukun tersebut.




DUKUN

          Justeru itu, filem Dukun ini juga telah memaparkan unsur – unsur syirik kerana Diana telah berjumpa bomoh dan telah mengamalkan ilmu hitam untuk kegunaan urusan perniagaan. Diana percaya bahawa dengan mengamalkan amalan ilmu hitam maka perniagaan mereka akan menjadi semakin laris. Di sebabkan mengamalkan ilmu hitam tersebut Diana telah membunuh rakan perniagaannya. Filem ini telah menunjukkan kewujudan unsur syirik.



PENGERTIAN KHURAFAT 

Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan pengertian di atas, khurâfat mencakup cerita dan perbuatan yang direka-reka dan bersifat dusta. Begitu juga dengan pemikiran yang direka-reka merupakan salah satu bentuk khurafat. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta. Khurafat ditakrifkan sebagai cerita mempesonakan yang dicampur-adukkan dengan perkataan dusta. Syeikh Idris al-Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut.


Firman Allah:

وأنه كان رجال من الإنس يعوذون برجال من الجن فزادهم رهقا

Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan kesalahan bagi mereka. (Al-Jin 72: 6)
CONTOH – CONTOH AMALAN KHURAFAT
1.  Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus
2.  Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang mengamalkan        jurus kebatinan.
3.  Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina islam atau tidak difahami            maksudnya.
4.  Mengantung isim yang dipahat di logam tertentu dengan berbagai-bagai rajah dan                tulisan yang bukannya ayat al-qur’an atau sesuatu yang warid dalam agama.
5.  Menganiaya atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan pukau.
6.  Kepercayaan kepada kebolehan seseorang mendatangkan mudharat atau manfaat.
7.  Mengamalkan ilmu pengasih.
8.  Pemakaian raksa atau apa-apa logam untuk menguatkan tubuh badan atau untuk                kuatkan rangsangan seks.
9.  Menggunakan objek untuk menakuti jin.
10.Memohon dengan percakapan atau ungkapan yang tidak ada asal usul suruhan dalam        Islam seperti kata-kata “Tabik Tok Nenek” ketika melalui sesuatu tempat atau “Minta              simpang Malaikat 44” ketika mengharapkan sesuatu yang tidak diingini.


FAKTOR – FAKTOR YANG MENDATANGKAN KHURAFAT

1.  Mudah percaya kepada benda – benda yang tahyul.
2.  Menuntut ilmu daripada golongan orang yang terpesong.
3.  Kecetekkan ilmu agama.
4.  Mudah terpedaya dengan media sosial yang memaparkan aktiviti – aktiviti yang                    berunsurkan amalan khurafat. 
5.  Mempunyai niat yang tidak baik terhadap seseorang dan berniat untuk menyakiti                  seseorang.
6.  Bergaul dengan kawan yang tidak mendatangkan manfaat seperti mampu menurunkan        nombor ekor.
7.  Terlalu mengikut adat seperti mengadakan upacara penyembahan mayat.
8.  Wujudnya tempat-tempat pemujaan seperti kubur-kubur yang dianggap keramat dibina        untuk tujuan pemujaan.
9.  Terpengaruh dengan drama dan filem.
10.Tiada kesedaran dalam diri sendiri.



JENIS – JENIS DRAMA DAN FILEM YANG MEMPUNYAI ISU AMALAN KHURAFAT






IA WUJUD

          Unsur amalan khurafat yang dipaparkan di dalam filem ini berkisarkan tentang amalan – amalan yang mengakibatkan akhlak seseorang itu terpesong kerana didalam filem ini memaparkan unsur pemujaan permainan makhluk halus. Makhluk halus dijemput melalui permainan salah satunya yang dipanggil “spirit coin”. Mereka mempunyai 5 sahabat yang terlalu berani untuk bermain permainan tersebut di tapak taman tema air yang telah lama ditinggalkan daripada tahun 1994. Dan pada akhirnya mereka terperangkap di dalam permainan mereka sendiri dan menyebabkan dua orang daripada sahabatnya telah dirasuk dan hilang di dalam tapak tersebut selama 40 hari.





KHURAFAT

           Justeru itu, filem khurafat ini juga adalah antara filem yang mempunyai unsur unsur khurafat apabila filem Khurafat ini mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akurdengan kesilapan silamnya... perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung.



AKHIRAT

          Filem Akhirat merupakan senaskah coretan tinta hitam yang membelenggu kehidupan seorang wanita suci Mira kerana nafsu serakah manusia durjana. Akibat dari tragedi malang itu kehidupan Mira semakin pudar setelah dia disahkan menghidap penyakit yang amat mengerunkan. Oleh kerana itu, Mira bertekad untuk menghantar sesuatu yang kurang baik kepada lelaki yang telah mencabulnya. Disinilah tercetusnya unsur – unsur khurafat di dalam filem di Malaysia.


CARA-CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT


a) P
ERANAN KERAJAAN

Pihak kerajaan seharusnya bertindak secara wajar dengan cara menapis filem mahupun drama yang mempunyai adegan yang mendorong ke arah perbuatan syirik dan khurafat sebelum ditayangkan kepada masyarakat. Hal ini juga dapat dibendung dengan mengadakan kempen "Khurafat Dan Syirik Dalam Islam" serta penerbitan buku-buku agama untuk proses pembelajaran masyarakat bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai berkenaan kesan khurafat dan syirik dalam kehidupan. Disamping itu, lebih banyak mengeluarkan filem dan program dakwah yang berunsurkan kerohanian kepada masyarakat seperti halaqah, al-kuliyyah dan tanyalah ustaz untuk menambah pemahaman mengenai bahaya amalan syirik dan khurafat.


b) PERANAN MASYARAKAT

Pada masa kini masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang adanya antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik. Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini ialah dengan cara sentiasa mengambil berat isu-isu semasa berkenaan amalan khurafat dan syirik seperti pemujaan kubur, amalan-amalan ritual di kawasan sekeliling yang semakin berleluasa dalam negara untuk membantu kerajaan mengatasi masalah ini. Justeru itu, membuat rondaan di tempat-tempat yang selalu menjadi pusat pemujaan seperti kawasan perkuburan dan mengambil tindakan segera sekiranya ternampak amalan tersebut sedang dilakukan.


c) PERANAN KELUARGA

Kepesatan ekonomi pada masa kini menyebabkan ibu bapa sering mengabaikan keluarga demi mengejar wang semata-mata.Hal ini menyebabkan anak-anak terabai dan mudah terpengaruh dengan dunia luar sehingga sesetengah mereka terpangaruh dengan perbuatan syirik dan khurafat.Oleh itu,ibu bapa perlulah sentiasa mengawasi tindakan anak-anak semasa berada di dalam atau di luar rumah,memerhati tingkah laku anak-anak dan sentiasa bertanya apa yang sedang dilakukan mereka.Selain itu,ibu bapa perlulah mengelakkan anak-anak kecil daripada menonton filem-filem yang mempunyai unsur khurafat dan lebih banyak memberi tontonon yang boleh merangsang pembesaran mereka seperti program untuk kanak-kanak.


d) PERANAN DIRI SENDIRI

Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh yang besar kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka. Selain itu,kita seharusnya tidak mudah terpengaruh dengan filem yang ditonton berkaitan dengan cerita khurafat dan syirik dan perlulah banyakkan beristighfar sekiranya terlihat adegan itu ditayangkan dan memperbanyakkan amal ibadat untuk meningkatkan keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.


KESIMPULAN

            Kesimpulannya, jelaslah bahawa secara amnya amalan syirik dan khurafat sangat dilarang di dalam agama Islam. Melalui kajian ini kita dapat lihat dengan jelas bahawa terdapat banyak drama dan filem yang ditayangkan mengandungi unsur syirik dan khurafat yang semakin berleluasa di negara kita. Hal ini jelaslah menggambarkan rakyat Malaysia kini mudah terpengaruh dengan media sosial yang ditayangkan tersebut. Oleh yang demikian, terdapat beberapa pengajaran yang boleh diperolehi melalui kajian ini. Sebagai umat islam, seharusnya kita perlulah lebih berwaspada dan tidak mudah percaya dengan setiap drama dan filem yang ditayangkan. Kita seharusnya bertawakal dan hanya bergantung kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu perkara bukannya mempercayai perkara karut-marut seperti yang ditunjukkan dalam drama dan filem yang kian menular. Kita seharusnya mengelakkan dan menjauhkan diri kita daripda percaya perkara kepada bomoh yang dianggap mampu memberi apa sahaja berbanding dengan Allah.

            Di samping itu, pihak kerajaan yang prihatin seharusnya mengambil tahu akan perkara disekeliling mereka terutamanya tentang amalan syirik dan khurafat yang semakin berleluasa seperti yang terkandung dalam drama dan filem. Kerajaan perlu lebih tegas dalam menangani dan membanteras masalah ini dengan mengehadkan lagi filem-filem dan drama-drama yang berunsurkan syirik dan khurafat yang berlebihan dan memperbanyakka lagi drama dan filem berunsurkan kerohanian. Maka dengan itu kerajaan perlulah menapis terlebih dahulu setiap drama mahupun filem yang diterbitkan sebelum ditayangkan kepada masyarakat umum.

           Mafhumnya, sebagai seorang muslim yang sejati kita haruslah tidak mudah terpengaruh dengan filem yang ditayangkan dan lebih memperbanyakkan beribadat kepada Allah S.W.T. Elakkan diri daripada pergi tempat-tempat yang sering menjalani aktiviti khurafat seperti kawasan perkuburan,hutan dan sebagainya. Justeru itu, menjadi tanggungjawab kita bersama dalam mengatasi masalah ini. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tidak harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat Islam. Penggiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam menggarap skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi para penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah S.W.T. Ingatlah bahawa Allah S.W.T merupakan pencipta sekalian makhluk.


RUJUKAN


1.  BUKU TEKS KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM


2.  SURAT KHABAR UTUSAN MALAYSIA
     utusanmalaysia.com.my     

3.  amalansyirikdanskhurafat.blogspot.com 

4.  Tafsiran al-Quran 






5.  SURAT KHABAR BERITA HARIAN
      beritaharianonline.com.my

6.  https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Syirik





LAMPIRAN



1.  
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.


9.  https://www.youtube.com/watch?v=WEKt1SsaLZQ






TAMAT